Tuesday, March 31, 2009

himpunan kek mac 2009


hahaha..kek ini bukan saya yang buat.ini dibeli di kedai
dengan harga RM 152.00. mahal ek !!! sekali -sekala
orang sponsor boleh ler kan ???.kat dalamnya kek
span coklat dan dibaluti dengan fresh cream.masih
belum berani untuk buat kek camni.tapi nampak cam
simple jer kan ? boleh kotttt !!! ermmm sapa
yang berani nak tempah ??? muhahhahahaha


kek 9" ini ,saya buatkan untuk anak sulong saya
dan anak saudara saya yang menyambut hari
jadi mereka pada 28-03-09 ( isyraf - 7 tahun )
dan mohd firdaus 29-03-09 ( 5 tahun ).kek coklat
moist+blueberry filling+buttercream.isyraf takmo
kongsi kek.dia suruh buat kek yang lain untuknya.
so saya janji akan tunaikannya di lain masa.memang
tak buat apa-apa majlis pun untuk dia.sian pula
sbb saban tahun mmg kami akan buat juga majlis
harijadinya biarpun hanya majlis keluarga.



satu cubaan yang baru.nama bunga tak tahu.
ekekkekek .kek span+blueberry filling+buttercream.
saya gunakan warna burgundy.tapi cam warna
ungu jer kan ? kan ? kan ?kali ni my hb amat sibuk
dengan xtvt kelab keretanya.so mmg dia tak dapat
membantu untuk melepa kek tersebut.boleh ler
saya buatkan biarpun tak secantik air tangan hb.
kek ini ditempah daripada Asma dan adik-beradiknya,
kejutan untuk mak tersayang sempena hari lahirnya
yang ke-49 tahun.


selepas hampir setahun balik dari kelas cikgu zati,
inilah cubaan yang pertama saya anyam bakul
dari buttercream.bunga ros saya masih belum
cantik meskipun dah berpuluh kuntum bunga ros
yang saya tanamkan pada kek.kek span coklat+
buttercream.kek 6 " ini saya hadiahkan kepada
adik ipar saya yang berada di temerloh.saje-saje jerr..

Saturday, March 21, 2009

blueberry muffin 150309


tempahan kali ini datangnya daripada kakak ipar saya.
ianya tuk dijadikan makanan tambahan sempena
perkahwinan anak saudaranya di jengka.saya buat
sebanyak dua adunan .dapatlah dalam 71 biji.

Sunday, March 8, 2009

himpunan kek


kek ini saya hadiahkan buat teman sekerja yang melangsungkan
perkahwinannya pada 08-03-09 ( Ahad ).kek coklat moist+strawberi
filling+buttercream.pada saya cantik juga kombinasi warna coklat dan
kuning.Istimewa buat Wati dan Abg Mie.selamat menempuh asam
garam berumahtangga , moga kalian bahagia selamanya...amin.


kek coklat moist+manggo filling+buttercream.kek ini ditempah oleh
kawan sekerja hb untuk harijadi anaknya haikal yang ke-4 tahun.
tiada tema ditetapkan.buat adik haikal..setakat ini jer acik mampu
buat . ermm...tulisan saya mmg teruk !!


masih lagi kek coklat moist+strawberi filling+buttercream.terima
kasih maziah kerana beri kepercayaan kepada saya untuk buat
kek ini. simple jer deco ni jer kan??? harap ma berpuas hati ya!!!
sekali lagi..my writting very bad !!