Sunday, May 3, 2009

resepi pilihan

sekadar ingin berkongsi resepi yang menjadi pilihan
saya dan menepati citarasa hampir setiap pelanggan.
resepi ini saya ambil dari cari.com.terima kasih kak Bebob
dan Yusnina kerana sudi berkongsi ilmu.

KEK CHOCOLATE KUKUS [bebop]

1 1/2 butter
1 tin susu cair
2 cawan gula
4 biji telur - dipukul perlahan
1 cawan koko
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat1

1 ) Cairkan butter bersama susu cair, gula.
Dah sebati tutup api.
Tunggu hingga suam masukkan telur.

2) Ayak bahan kering bersama dan masukkan
sedikit demi sedikit kedalam adunan butter.
Masukkan juga esen vanilla. Kacau sebati,
masukkan dalam loyang10" yg telah disapu minyak,

3) kukus selama 1 1/2 jam. (Tutup loyang dengan plastic
glaze, supaya air kukusan tak jatuh kedalam aduan kek)

Chocolate topping

250 gm cooking chocolate
50 gm susu cair
Masak bersama hingga likat,
sapukan atas kek dan kelilingnya


Blueberry Cotton Cheesecake [yusnina]

Bahan-bahan A

250 gm cream cheese
50 gm mentega
100 ml susu segar

Semua bahan disatukan dan dimasak secara double boiler
sejukkan

Bahan-bahan B

60 gm superfine flour
20 gm tepung jagung
6 telur kuning
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil pewarna grape/purple
1 sudu kecil esen blueberry

Bahan-bahan ini dimasukkan ke dalam adunan A
yang telah disejukkan tadi - kacau hingga sebati.

Bahan-bahan C

6 telur putih
1/4 sudu teh cream of tartar
140 gm gula pasir

Putih telur diputar hingga berbuih.
Masukkan cream of tartar, putar lagi dan masukkan gula
putar hingga kembang dan berbentuk 'soft peak'.
Campurkan secara kaup balik ke dalam adunan tepung tadi.
Bakar menggunakan acuan bulat 8' yang telah digris dan
dialas dengan kertas minyak - bakar secara bain marie.
Bakar selama 1 1/2 jam pada suhu 160'C.

No comments: